Aku mula menonton Upin & Ipin setelah diperkenalkan oleh adik aku. Masa mula-mula tengok cerita ni, aku sangat kagum. Animasi yang kemas dan terperinci, watak utama yang comel dan kelakar, serta jalan cerita yang menarik dan boleh kita kaitkan dalam kehidupan kita. Jadi, walaupun aku tak dapat menonton cerita ini di kaca TV, aku akan cuba tengok kat YouTube.
Jadi, bila aku dapat tahu cerita ini akan difilemkan, tak sabar-sabar aku nak menunggu filem ini di pawagam. So, Jumaat lepas, aku dengan Said ambil kesempatan untuk menonton filem ini di KLCC.
SINOPSIS
Animasi ini mengisahkan Badrul yang pulang ke kampung dan mendapati kampungnya sedang berhadapan dengan satu kejadian misteri. Misteri kehilangan durian dikampungnya itu dikaitkan dengan kewujudan "hantu durian". Bersama sahabat baiknya Lim, mereka yang pada mulanya tidak mengendahkan soal kewujudan "hantu durian" itu, terpaksa terlibat dalam satu kes penyiasatan apabila tiga orang kanak-kanak yang turut bersama mereka (Upin, Ipin dan Raju) tersesat didalam hutan. Bersama Ros, mereka bertiga membantu mencari kanak-kanak tersebut, sebelum menyedari yang mereka sebenarnya berhadapan dengan sindiket menyeludup haiwan eksotik yang dilakukan oleh sekumpulan pemburu haram.
KOMEN AKU
Bila baca sinopsis tu, rasa macam tengah baca siri penyiasat masa sekolah rendah dulu kan? (baca: Hardy Boys, Siri Lima Sekawan, Tiga Penyiasat - semuanya asal dalam bahasa Inggeris, tapi aku baca yang dah diterjemahkan la!). Kalau kau jenis suka cerita penyiasatan (dalam erti kata lain, suka berangan, konon-konon kau pun penyiasat gak masa kecik dulu), cerita ni memang predictable la. Tapi, sebab cerita ni adalah kartun - yang target audience-nya adalah kanak-kanak, kekurangan ini masih boleh dimaafkan.
Gila details kerja diorang!
Hasil kerja produksi ni memang detail la. Aku tabik dengan mutu kerja diorang. Masa scene kat dalam hutan tu, tersangatlah real. Dengan bunyi-bunyian yang menarik, pergerakan yang lancar - terasa bangga lak bila tengok orang Malaysia pun leh buat karya sehebat ni!
Macam nak pecah perut!
Cerita diorang ni memang buat panggung tak berhenti ngan bunyi orang ketawa. Macam nak pecah perut aku gelak sepanjang cerita ni. Aku rasa, watak utama cerita ni Raju dan siyesli, Raju tu memang kelakar x hengat (sedih lak sebab watak dia macam tak dikembangkan dalam Upin & Ipin the series!). Dialog dia yang paling aku ingat - Ayoyo Ipin, jangan!! Fikir masa depan!! Hahaha. (aku tak mampu nak cerita betapa lawaknya cerita ni - korang kena tengok sendiri la!)
Kekurangan:
Gambar menarik. Cerita kelakar. Nak kata cerita ni terlampau sempurna - tak juga. Tapi memang boleh dibanggakan lah. Kalau tak silap aku, cerita ni dah dibuat sebelum Upin & Ipin keluar TV. Kira siri TV tu sebenarnya lebih kepada nak test market la - nak tengok sambutan orang ramai (do correct me if u have another info!). Sebab tu si Upin & Ipin tu x nampak macam watak utama dalam cerita ni. Kalo nak dibandingkan dengan siri - Opah dalam cerita Geng tak sebaik Opah dalam siri (maklumlah, yang siri tu lebih kepada Islamik sket, ajar niat puasa semua). Opah dalam Geng siap tempah baju baru nak melaram gi kenduri kahwin. Dan si Upin ngan Ipin tu lagi nakal berbanding dalam siri. Agak aku la, sebab tengok cucu dia nakal gila la, Opah dia tone down sket dan menerapkan unsur-unsur Islamik masa dalam Siri. Supaya cucu dia dua ekor tu jadi manusia. Hahaha
Overall, memang tak rugi tengok cerita ni. Elok kalau korang tengok kat wayang. Rugi kalau produksi ni tak nak buat animasi lagi semata-mata sebab tak balik modal (baca: korang tunggu VCD cetak rompak je). Cerita dia sure mengingatkan korang zaman kecik-kecik kat kampung dulu. Masa aku tengok kat panggung, cuma 2 row paling depan je yang xde orang. Yang lain penuh. Bukan setakat Melayu je yang tengok - Cina, India semua ada. Betul-betul sebuah filem Malaysia!

Filed under:
review
badrul tu bukan manager ke
Pada aku GENG layak menjadi Filem Animasi 3D terbaik dalam sejarah Malaysia (walaupun aku sengaja belum tengok lagi hehe)
syuk: komen tu tak perlu yer!
akin: aku setuju ngan komen ko! walaupun pada mulanya aku cam segan lak tengok org lain sumer datang bawak anak, dan aku antara remaja (remaja ke???) yg tersesat kat situ...hahaha
aku rasa lepas ni Les Copaque mesti ada projek lain selepas GENG
kalau kau segan, bila ko nak kawen?
aku dah gi tengok tadi!
best best. although plot cerita tu aku takde la suka sangat kan, masuk hutan, misteri misteri semua tu. huhu. tapi btol, aku setuju, watak rajoo la watak utama filem ni, bukan upin dan ipin. tapi tajuk dia geng, mula mula aku expect semua geng upin ipin la ada kan, fizi semua. tak sangka pulak tiba tiba ada watak cucu tok dalang ni huhu.
anyways tadi aku gi tengok memang full, even row depan pun full. pergh. filem yang aku pernah tengok full macam tu jugak was jangan pandang belakang.
sorry komen panjang gile. hihi. excited tadi dah tengok :P
akin: memang aspirasi KONSISTENSI inspirasi nilai murni la ko ni...komen bukan main, pastu tetap tanya soalan cepu emas...hahah
alin: takpe alin..memang excited tgk cerita ni...kalu ko suka fizi, geng diorang aku suka mail...yg sket2 nak berjual tu hahaha...
Aku da tengok 2x..huhuhu..kat kuantan n kat pavilion...1st animation 3D Feature Film yang dapat dibanggakan..